Kita Tidak Tahu

Pelbagai cabang dan liku-likuan dalam hidup kita,
Ada sahaja masalah yang timbul,
Kadangkala, kita tidak dapat menerimanya,
Kita kata Tuhan tak adil.

Pelbagai masalah dan dugaan yang menimpa,
Menguji kesabaran,
Kadangkala, kita mula hilang sabar,
Kita kata Tuhan tak adil.

Kita tidak dapat apa yang kita nak,
Kita cemburu,
Kandangkala, mula hilang kehormatan diri,
Kita kata Tuhan tak adil.

Kita nak yang besar,
Tuhan bagi yang kecil sahaja,
Kadangkala, kita rasa tidak puas hati,
Kita kata Tuhan tak adil.

Kita sayang seseorang itu,
Tuhan ambil orang itu dari hidup kita,
Kita marah,
Kita kata Tuhan tak adil.

Kita nak benda yang lebih kecil daripada apa yang Tuhan Nak bagi,
Kita tidak tahu.

Tuhan nak bagi yang lebih baik,
Kita tidak tahu.

Tuhan menjanjikan yang lebih bagus,
Kita tidak tahu.

Cuma tak tahu bila,
Yalah, kita tidak tahu bila.

Tuhan Maha Mengetahui, Tuhan Maha Adil.
Pergunakanlah akal yang diberi,
Berjuta kali lebih canggih daripada komputer,
Tetapi kita cuma nak pakai sebuah sahaja,
Kita tak tahu.....................

News

Today's News on the Net